Digital Utilisation Technology Award (DUTA) 2025 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah pelan transformasi digital pendidikan. Program ini bertujuan mengiktiraf usaha sekolah dalam memperkasa penggunaan pelantar pembelajaran digital DELIMa, meningkatkan kecekapan warga sekolah terhadap teknologi, serta memupuk budaya pembelajaran abad ke-21 berasaskan digital.
Objektif utamanya ialah, meningkatkan tahap penggunaan pelantar DELIMa dalam kalangan guru dan murid. Menggalakkan inovasi dalam amalan PdPc berasaskan teknologi. Memberi pengiktirafan kepada sekolah yang menunjukkan keberkesanan dan kreativiti dalam penggunaan teknologi digital. Menyokong agenda Transformasi Pendidikan Digital 2025 KPM.
Pengumuman pemenang berlangsung pada :
- Tarikh : 5 November 2025
- Tempat : Dewan Besar, Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Pengkalan Chepa.
- Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), KPM.
- Peserta / Murid : NUR AIN NAZIIHAH BINTI MOHD SAIFUDIN ( 6 AMAL )
- Keputusan : Naib Johan
- Kategori : Anugerah Video Kreatif Rendah
Penyertaan Program ini melibatkan penyertaan daripada semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Kelantan. Setiap sekolah menghantar laporan penggunaan DELIMa, inovasi digital, serta bukti penglibatan warga sekolah dalam aktiviti digital.
Antara aktiviti utama dalam DUTA 2025 peringkat negeri termasuk:
- Bengkel pengenalan DUTA dan penilaian digital.
- Penilaian audit penggunaan DELIMa.
- Persembahan video inovasi digital sekolah.
- Kuiz Digital dan
- Permainan Atas Talian DELIMa.
- Sesi perkongsian amalan terbaik (Best Practices Sharing).
Peningkatan kadar penggunaan DELIMa dalam kalangan guru dan murid. Penghasilan inovasi PdPc digital yang kreatif dan berimpak. Perkongsian amalan terbaik antara sekolah-sekolah di negeri Kelantan. Peningkatan motivasi warga sekolah untuk memperkasa literasi digital.
Diharapkan inisiatif ini terus disokong oleh semua pihak bagi mencapai visi "Pendidikan Digital Pemangkin Kemenjadian Murid".





Post A Comment:
0 comments so far,add yours