Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum w.t.b. dan Salam Sejahtera...Salam Keluarga Malaysia. Beryukur saya ke hadrat Allah S.W.T. Terima Kasih saya atas kesempatan dan ruang untuk merakamkan ucapan sekapur sireh seulas pinang sempena pelancaran Blog SK Gong Dermin ini. 

Dengan kelahiran Blog Rasmi ini, rasionalnya dilihat sebagai pemangkin kepada komunikasi yang pantas dan cepat dalam pemerimaan dan penyebaran khususnya kepada kominiti sekolah dan komuniti setempat secara amnya. Oleh sebab kita sering terbelenggu kepada penyegeraan maklumat sama ada daripada segi pemerimaan dan penyebaran, langkah pembinaan blog ini sangat tepat dan dilihat sebagai penyediaan lebuh raya maklumat yang dapat dilandasi secara pantas dan efektif . 

Saya sangat berharap agar kelahiran blog ini dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh warga sekolah dan komuniti setempat sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah menjadi sekolah yang cemerlang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa ICT khususnya dan semua warga Sekolah dan komuniti setempat amnya yang telah berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah kepantasan pengaliran maklumat secara efektif. Sekian, wassalam.

NORHASNI BINTI ISMAIL
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin

0 comments so far,add yours