Sekolah Kebangsaan Gong Dermin telah berjaya menghantar 2 pasukan robotik ke peringkat antarabangsa yang telah diadakan di ADTEC, JTM Perak. Pertandingan ini telah berlangsung selama 4 hari yang disertai oleh murid SKGD iaitu :
- WAN AZEEM ASHWAD BIN WAN AZMEER
- AISY RIFQI BIN FADHLI
- NUR SARAH HANIM BINTI MOHD HELMI
- MUHAMMAD HAZIQ IFFAT BIN MOHD HELMI
Pertandingan ini berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai peringkat untuk bersaing dalam kategori robotik dan rekacipta. Objektif pertandingan ialah untuk :
- Menggalakkan minat dan penglibatan pelajar dalam STEM, khususnya robotik dan kejuruteraan.
- Menyediakan platform bagi peserta mempamerkan kebolehan rekacipta, pengaturcaraan dan kerja berpasukan.
- Mengukuhkan jaringan antara institusi pendidikan, industri dan agensi kerajaan berkaitan latihan teknikal.
- Mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada idea, inovasi dan kemahiran teknikal peserta.
ADTEC, JTM Perak selaku tuan rumah telah berjaya menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa dan mereka perlu dipuji atas komitmen serta kerja kuat menjayakan pertandingan ini kerana berjaya menggalakkan pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional di peringkat negeri dan antarabangsa.
















.jpeg)







Post A Comment:
0 comments so far,add yours