Program Keselamatan Dalam Talian – Kempen Internet Selamat (KIS) merupakan satu inisiatif di bawah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap keselamatan ketika menggunakan internet dan teknologi digital.
Bagi tahun 2025, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu telah menganjurkan program ini sebagai usaha memperkukuh literasi digital dan membudayakan penggunaan internet secara positif, beretika serta bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah.
Matlamat program ialah untuk memberi pendedahan kepada murid, guru dan komuniti sekolah tentang kepentingan keselamatan siber serta langkah-langkah mengelak risiko jenayah siber, buli siber dan penyalahgunaan maklumat dalam talian.
Objektif utamanya ialah :
- Meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
- Membantu murid mengenal pasti ancaman dalam talian seperti penipuan siber, buli siber dan penyebaran maklumat palsu.
- Menggalakkan warga sekolah menjadi pengguna teknologi yang beretika dan berhemah.
- Menyokong agenda Transformasi Pendidikan Digital 2025 melalui penggunaan pelantar DELIMa secara selamat.














Post A Comment:
0 comments so far,add yours