Pengurusan kokurikulum sekolah dikendalikan oleh Jawatankuasa Kokurikulum yang dipengerusikan oleh Guru Besar, dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru penasihat yang dilantik. Semua aktiviti dilaksanakan berdasarkan takwim kokurikulum yang telah dirancang pada awal tahun 2025.
Aktiviti badan beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain telah dilaksanakan secara berjadual. Aktiviti meliputi latihan kawad kaki, kemahiran asas, perkhemahan, kursus kepimpinan dan penyertaan pertandingan. Penyertaan murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan serta memberi impak positif terhadap disiplin dan jati diri murid.
Pelbagai kelab dan persatuan akademik serta bukan akademik telah dijalankan sepanjang tahun 2025. Aktiviti yang dilaksanakan termasuk pertandingan senamrobik, pertandingan tarian irama Malaysia, pertandingan bintang kecil, bengkel, pameran, kuiz dan projek berpasukan. Program-program ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran serta menggalakkan kemahiran komunikasi dan kerjasama.
Bidang sukan dan permainan telah dilaksanakan dengan teratur melalui latihan berkala dan penyertaan kejohanan. Antara aktiviti utama ialah kejohanan olahraga tahunan, sukan antara rumah serta penyertaan dalam kejohanan peringkat zon dan daerah. Pencapaian murid adalah membanggakan dan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya.
Sepanjang tahun 2025, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mencapai tahap yang memuaskan. Beberapa pasukan dan individu telah berjaya meraih kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama yang baik antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru penasihat, ibu bapa serta murid.
Berikut merupakan Laporan Tahunan Aktiviti Kokurikulum 2025 sebagai rujukan. Sila klik pautan berikut : https://laporantahunankoskgd2025.my.canva.site/


Post A Comment:
0 comments so far,add yours