Pertandingan Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Sekolah Kebangsaan Gong Dermin merupakan satu inisiatif bagi memupuk kecintaan murid terhadap budaya warisan Melayu. Pertandingan ini juga memberi ruang kepada murid-murid untuk mengasah bakat seni persembahan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkenalkan budaya tradisi kepada masyarakat umum.
T ARIKH DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 04 Ogos 2025
Hari : Isnin
Tempat : AEON Mall, Kota Bharu.
OBJEKTIF PROGRAM :
- Menyemai minat terhadap kesenian dan tarian tradisional dalam kalangan murid prasekolah.
- Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai adat, budaya dan etika persembahan.
- Melatih murid berkeyakinan tampil di khalayak ramai.
- Menggalakkan kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan.






Post A Comment:
0 comments so far,add yours