Articles by "Pentadbiran"
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini telah berada dalam Gelombang 3 bermula tahun 2021, iaitu fasa terakhir pelaksanaan pelan ini. Sejak pelaksanaan Gelombang 1 pada tahun 2013 hingga 2015, semua pencapaian strategi dan inisiatif dalam transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam PPPM telah dilaporkan melalui Laporan Tahunan PPPM. Kejayaan KPM dalam mencapai sasaran PPPM terus menjadi anjakan KPM untuk melipat gandakan usaha dan ikhtiar bagi menambah baik penyediaan akses pendidikan berkualiti tinggi kepada seluruh generasi pewaris negara. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada semua sektor, khususnya sektor pendidikan. Antara cabaran utama yang dihadapi adalah untuk memastikan murid berupaya mendapat akses kepada pendidikan dalam keadaan selamat agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya membendung risiko keciciran dalam kalangan murid. 

Walau bagaimanapun, KPM sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan strategik dan bersesuaian dalam tempoh sukar tersebut demi kelangsungan pendidikan anak-anak. Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha KPM dalam memastikan transformasi pendidikan dapat terus dijayakan. Dalam hal ini, KPM telah mengatur dan menyusun semula strategi dan pendekatan sedia ada serta melaksanakan inovasi yang bersesuaian bagi mencapai matlamat yang disasarkan, dengan turut mengambil kira impak pandemik COVID-19 yang berlarutan lebih 2 tahun. 

Selain itu, KPM telah melaksanakan pendekatan proaktif dengan memperkenalkan pelbagai alternatif dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian guru dan murid. Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi membantu guru dan pentadbir dalam pelaksanaan PdPR. Di samping itu, KPM turut melancarkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV@NTV7 bagi meningkatkan akses kepada pembelajaran untuk murid di seluruh negara.

DATUK DR. RADZI JIDIN 
Menteri Kanan Pendidikan


Dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini, guru-guru perlu cepat belajar dan berusaha meningkatkan kemahiran bagi memastikan mereka berupaya mengharungi cabaran pendidikan dalam era perkembangan revolusi industri ke-4 (4IR). Pelbagai kemahiran perlu dipelajari guru tanpa menunggu kursus dan bengkel diadakan oleh KPM, JPN dan PPD. Guru-guru perlu mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan diri agar dapat kekal relevan dalam dunia pendidikan. Pendidikan masa kini bukan sahaja berlaku di dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Pelbagai pelantar pembelajaran yang perlu diterokai oleh guru seperti : 
  1. Google Classroom 
  2. Google Sites 
  3. Google Meet 
  4. Channel YouTube 
  5. Laman Web 
  6. Blog 
  7. Padlet dan lain-lain.
Berikut di lampiran video Taklimat PdPR JPN Kelantan pada : 16 NOV 2020 sebagai penduan (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) :



Kesinambungan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah 

Sebagai respon kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan penutupan sekolah, KPM bersama-sama dengan UNICEF Malaysia telah membina sumber dan latihan dalam talian untuk membantu guru mendapatkan kemahiran untuk memulakan e-pembelajaran dengan anak murid. Laman ini dipenuhi dengan langkah-langkah yang boleh cikgu ambil untuk membina sumber pembelajaran dalam talian menggunakan produk pendidikan Google. 

Apa itu Komuniti Guru Digital Learning? 

Salam sejahtera, cikgu! Selamat datang ke Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM! Sumber di sini disediakan khas buat guru-guru di Malaysia untuk membina kemahiran mereka dalam menjadi guru yang dapat menjalankan PdPc dalam talian menggunakan kemudahan teknologi yang ada.


Mulakan e-pembelajaran anda hari ini!


KLIK :

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/ldp-digital-learning/home

SK Gong Dermin telah mengadakan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Penyayang; Jom Ke Sekolah & Ziarah Cakna peringkat sekolah pada 18 Februari 2019. Ianya juga diadakan serentak di seluruh negara dalam mencapai hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia, pihak sekolah telah dapat mengadakan majlis tersebut dengan jayanya.