Pendahuluan 
Bertemakan “Malaysia Prihatin”, sambutan Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 64 tahun. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini. 

Matlamat 
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa. 

Objektif 
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid sekolah supaya
    terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
  • Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  • Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  • Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.
Pertandingan Bulan Kemerdekaan 
  1. Pra Sekolah Dan Tahun 1 : Swafoto Pakaian Bertemakan Kemerdekaan Individu. 
    Murid boleh menghantar gambar yang dirakam bertemakan pakaian kemerdekaan secara individu. Hanya 1 keping gambar terbaik sahaja untuk 1 penyertaan. Hantar kepada Guru Kelas anda melalui aplikasi WhatApps atau Telegram :
    Maklumat lanjut  :



  2. Tahun 2 dan 3 : Swafoto Sambutan Kemerdekaan Bersama Keluarga.
    Gambar yang dihantar mestilah gambar yang bertemakan kemerdekaan secara beramai-ramai dalam keluarga. Hanya 1 keping gambar terbaik untuk 1 penyertaan sahaja dibenarkan. Hantar kepada Guru Kelas sama ada melalui aplikasi WhatApps atau Telegram. Jangan lupa untuk menjaga SOP.
    Maklumat lanjut :


  3. Tahun 4 : Nyanyian Lagu-Lagu Kemerdekaan atau Patriotik (Video).
    Boleh memilih apa-apa sahaja lagu yang berunsurkan kemerdekaan atau patriotik, 
    Maklumat lanjut :


  4. Tahun 5 : Pantun Kemerdekaan (Voice Record). 


  5. Tahun 6 : Deklamasi Puisi Kemerdekaan (Voice Record).




Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours