Kejohanan Pembangunan Renang Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 11 hingga 12 Januari 2025 bertempat di Kompleks Renang TLDN, Lumut Perak.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Renang Minz Aeilah dengan kerjasama Pangkalan TUDM, Kementerian Belia dan Sukan serta Pejabat Pendidikan Daerah Manjung.
Kejohanan ini telah disertai oleh adik ADIK AMMAR DARWISY BIN MUHAMMAD
ALHAZMI dari Sekolah Kebangsaan Gong Dermin, Kota Bharu, Kelantan. Adik Ammar merupakan murid tahun 6 Amal dan satu-satunya wakil sekolah yang telah terpilih ke Kejohanan Pembangunan Renang Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Objektif utama kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan renang serta memberi pendedahan kepada atlet muda di peringkat kebangsaan. Penyertaan
Sebanyak 15 pasukan dari seluruh negeri di Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Seramai 250 perenang dari pelbagai kategori umur telah bertanding dalam acara yang dipertandingkan.
Penyertaan kali ini mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan perkembangan positif dalam pembangunan sukan renang di Malaysia.
Acara yang Dipertandingkan
Kejohanan ini merangkumi pelbagai kategori acara renang termasuk:
50m, 100m, dan 200m gaya bebas
50m, 100m, dan 200m kuak dada
50m, 100m, dan 200m kuak lentang
50m, 100m, dan 200m kuak kupu-kupu
4x100m gaya bebas berpasukan
4x100m gaya ganti berpasukan
Kejohanan ini telah memberi impak besar dalam menggalakkan minat dan bakat baharu dalam sukan renang. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada atlet muda untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. Bagi penambahbaikan, pihak penganjur mencadangkan agar :
- Jumlah penyertaan lebih banyak datangnya dari setiap negeri.
- Begitu juga acara bagi setiap kategori dapat diperbanyakkan bagi memberi lebih peluang kepada peserta.
- Meningkatkan promosi dan penyiaran bagi menarik lebih ramai penonton.
Kesimpulan Secara keseluruhannya, Kejohanan Pembangunan Renang Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membangunkan bakat baharu dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan atlet muda Malaysia. Dengan sokongan berterusan dari semua pihak, sukan renang negara dijangka akan terus berkembang dan melahirkan lebih ramai atlet berkualiti di masa hadapan.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours