Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Derah Kota Bharu (MSSD KB) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama penganjuran Bola Tampar bagi Daerah Kota Bharu sejak wabak Covid -19 melanda negara. PPD Kota Bharu telah dipecahkan kepada dua iaitu Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan. 

Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Gong Dermin telah mengambil bahagian dalam Kejohanan buat kali pertama ini. Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam ketegori Lelaki sahaja.

Objektif pertandingan ini ialah  bagi mencungkil bakat dan memberikan pendedahan kepada murid-muird peluang menyertai pertandingan Sukan Bola Tampar. Selain itu, ianya juga bagi menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah rendah lagi. 

Pertandingan ini juga dapat mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil. Ianya juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta selain memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran. 

BUTIRAN KEJOHANAN 
Tarikh : 5,6 dan 7 Julai 20022 
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 Petang 
Tempat : Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab. 

SASARAN PESERTA 
Para peserta adalah dari kalangan murid dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.   

CATATAN / ULASAN 
Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam ketogeri lelaki. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh, namun nasib pasukan sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar sekolah. Banyak latihan dan teknik permainan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai pendedahan. 

Ada antara mereka berasa gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding dalam permainan bola tampar. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu mengenal pasti para pemain yang berbakat dan mengadakan latihan daripada awal tahun lagi. Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang berjaya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh.


Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours