SK Gong Dermin, 14 Oktober 2023 – Telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Dermin selama satu hari iaitu pada 14 Oktober 2023. Sambutan Hari Sukan Negara ini disempurnakan oleh Guru Besar, YBrs. Pn. Norhasni binti Ismail bertempat di Padang A, SK Gong Dermin. Turut hadir bersama Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru - Guru, staf sekolah dan para ibu bapa.
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober. HSN berhasrat untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Hari Sukan Negara ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Gong Dermin 20203 dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian ini turut diisi dengan acara Senamrobik dan permainan sukaneka. Seramai 885 orang murid termasuk murid pra sekolah telah menyertai sambutan HSN pada tahun ini. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh warga SKGD dan semua warga sekitar sambutan HSN ini dapat mendidik diri setiap warga untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kercergasan semasa menjalankan tugas di semua.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours