Laporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK 2022)

Tahniah kepada semua pihak Jawatankuasa Pengurusan PAJSK terdiri daripada Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Kerja kerana telah berjaya melengkapkan data pengisian PAJSK melalui portal KPM mengikut masa yang ditetapkan. 

Pengisian telah berjaya 100% sebelum tarikh akhir sah data pada : 10 Mac 2023. 3.7.2 Status pengisian adalah melibatkan seramai 392 (100%) orang murid tahun 4, 5 dan 6. Tiada murid yang dikategorikan sebagai TL “Tidak Laksana” (0%). 

Pencapaian keseluruhannya bagi SKGD pada tahun 2022 adalah 100%, GPS Kokurikulum : 2.2 dan peratus GPS Kokurikulum : 70 % 

Pemantauan PAJSK sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Oktober. Buku PAJSK, pastikan semua murid ada dan diuruskan dengan baik. Penyelaras setiap unit bertanggungjawab memantau pengisian PAJSK unit masing-masing. Pengisian Data PAJSK adalah secara online. 

Markah boleh dikemas kini mengikut tahap penyertaan dan pencapaian murid sehingga Disember 2022. Guru penasihat akan mengisi data PAJSK secara online untuk ahli mengikut unit masing-masing dan guru kelas akan mengisi data Ekstra Kokurikulum. 

Analisa pencapaian GPS dan % GPS mengikut tahun iaitu : 
  1. Tahun 4 JUMLAH MURID : 140 GPS : 2.21 %GPS : 69.75 
  2. Tahun 5 JUMLAH MURID : 129 GPS : 2.26 %GPS : 68.5 
  3. Tahun 6 JUMLAH MURID : 123 GPS : 2.12 %GPS : 72 3.7.6
Untuk tahun 2023 / 2024, sasaran pencapaian sekolah dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) bagi tahun 2023 ialah 100% murid ditaksirkan dengan pencapaian GPS Kokurikulum : 2.00 dan peratus GPS Kokurikulum : 75 % 

Analisa PAJSK 2022 bagi Sekolah Kebangsaan Gong Dermin boleh disemak melalui pautan : https://tinyurl.com/analisapajskskgd2022



Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours