SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah.
SSDM membawa maksud ” Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid kita.
Secara amnya, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.
Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
Tujuan Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah untuk :
- Menambahbaik SSDM sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
- Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
- Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
- Jenis kes yang dilaporkan seperti Kes Hukuman, Amaran Lisan, Kes Tiada Asas, Kes Hukuman Amaran Bertulis, Kes Hukuman Gantung Sekolah, Kes Hukuman Buang Sekolah, Kes Hukuman Denda, Kes Hukuman Kelas dan Tahanan, Kes Hukuman Rotan Melapor Amalan Baik.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours