Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :
- Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.
- Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
- Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada pelajar dan guru.
- Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar antara kelab dan individu dalam masyarakat.
- Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran
- Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat.
- Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer.
- Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan.
- Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.
Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer
Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri. Penasihat Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
Peranan Guru Penasihat
- Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.
- Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosial dan nilai rekreasinya.
- Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.
- Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab.
- Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.
Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab.
Penasihat makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah.
Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi. Kemudahan Fizikal Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan. Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan. Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu. Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah. Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
Lokasi makmal komputer
Sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.
Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti :
- Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar . kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan
- Pastikan pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
- Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
- Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
- Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
- Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
Peraturan Makmal Komputer
- Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal komputer.
- Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.
- Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer.
- Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu nama guru, darjah, waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan sebelum memulakan operasi.
- Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer .
- Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya
- Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.
Penyenggaraan Komputer
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah:
- Risalah Panduan
- Jadual Perancangan
- Jadual Penggunaan Sistem computer
- Buku Log
- Buku Stok
- Rekod Kewangan
- Peraturan Makmal
- Rekod Laporan Kerosakan
- Jadual Tugas Guru Komputer
- Rekod Pinjaman/ Pulangan
- Hak Cipta / Etika
- Organisasi jawatankuasa Keselamatan Makmal
- Jenayah Komputer Keselamatan Virus
- Rekod Stok / Inventori
- Pengendalian dan Penggunaan Perisian – Cakera Start, Cakera Data, Cakera Luar dan Perisian Asli.
- Sistem Fail Surat Menyurat
- Minit Mesyuarat Kewangan
- Pekeliling Jadual Pengajaran
- Sukatan Pelajaran
- Biodata Guru
- Sumber Rujukan Pengurusan Makmal Komputer
- Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
- Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
- Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini. Pengurusan Makmal Komputer (AM) Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima yang boleh dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat dikurangkan.
Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci pemacu, mengemaskini direktori dsb.
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
- Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
- Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".
- Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.
- Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan.
- Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal dalam proses pengajaran.
- Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi komputer. Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut seperti sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.
- Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.
Pengurusan Perkakasan. Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan kedalam buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi perancangan masa akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang baik.
Keselamatan Bilik Komputer Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal.
Disamping itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer. Bilik komputer seharusnya tertutup supaya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa terdapat di udara kita masa kini.
Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan "penutup" komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours