Penangguhan Program / Aktiviti Sukan, Kokurikulum, Seminar, Bengkel serta Aktiviti Lain Selain Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bersemuka
KPM sentiasa memantau peningkatan kes COVID-19 dan arahan pelanjutan tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020. Berdasarkan situasi semasa penularan COVID-19, KPM memandang serius perkara ini dan perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan program / aktiviti yang melibatkan guru dan murid dijalankan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah serta Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu. Garis panduan ini sebagai panduan kepada pihak skeolah bagi menjamin keselamatan serta kesihatan guru dan murid.
Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan agar semua kegiatan sukan, kokurikulum, seminar, bengkel, taklimat dan program-program lain yang melibatkan guru dan murid secara bersemuka ditangguhkan. KPM menggalakkan program / aktiviti dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan kemajuan teknologi serta kemudahan platform yang bersesuaian bagi membolehkan interaksi dua hala bersemuka dan berlaku secara dalam talian (maya).
LAMPIRAN : Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
LAMPIRAN : Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu
Post A Comment:
0 comments so far,add yours