Kuala Lumpur: Semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir persekolahan pada tahun ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingga 17 Disember. 

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah Kumpulan A, sesi persekolahan akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B. Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini. 

"Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi pembelajaran pada tarikh itu. "Manakala bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional juga akan memulakan pengajian pada tarikh yang sama," katanya. Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah akan dilaksanakan secara home based learning, katanya. 

Bagi murid yang tinggal di asrama pula, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Menurutnya, murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga dan berada di bawah pengawasan warden asrama dengan keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh itu akan disediakan pihak sekolah.



Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours