Berikut disertakan Laporan Analisa Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) 2020 bagi SK Gong Dermin. 

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). 

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut: 

i. Penglibatan;
ii. Penyertaan; dan
iii. Prestasi. 

Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan pentaksiran. 

Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours