26/04/2021 | KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, berkata ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM. Dalam satu entri di laman Facebooknya, beliau berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan.
Pelajar sekolah akan mula bercuti pada :
- 7 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021 (Kumpulan A).
- 8 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 (Kumpulan B).
- 16 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021 (Kumpulan A) .
- 17 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (Kumpulan B) .
- 28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021 (Kumpulan A).
- 29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B).
- 12 Jun 2021 (Kumpulan A).
- 13 Jun 2021 (Kumpulan B).
Kumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours