27/05/2021 (KHAMIS ) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. 

Oleh itu, pihak KPM telah mengedarkan  Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. 

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian. 

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Untuk itu, kami di SKGD telah memilih kaedah  7.1.3. iaitu menghasilkan  video PdPR melalui teknik rakaman dengan menfokuskan tentang tajuk-tajuk tertentu dan memberikan tugasan dalam talian. 

Pelbagai kaedah kreatif lain lagi yang dipraktikkan para guru untuk memastikan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) lebih menyeronokkan serta mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti setiap topik pembelajaran dengan baik. 

Guru Pendidikan Islam, Ustaz Rosli Mat Nawi berkata, pendekatan digunakan adalah menerusi kaedah penghasilan video ringkas dan menyeluruh yang dimuat naik ke dalam YouTube serta dipelbagaikan dengan modul terancang mampu menarik minat murid untuk belajar.  “Pendekatan kreatif sangat perlu bagi seorang guru dalam memastikan kelancaran PdPR kerana murid tidak dapat bersemuka dan kita perlu mengajar mereka seolah-olah seperti belajar di dalam kelas. “Kaedah penyampaian juga perlu dipelbagaikan seperti terapkan unsur didik hibur dan penerangan secara ringkas. Sebagai contoh, ada juga video saya yang hanya berdurasi 3 minit bagi tajuk-tajuk kecil untuk memudahkan pelajar memahami serta menyelesaikan masalah kekurangan data.” 

Kita semua perlu menerima hakikat bahawa Pandemik Covid 19 telah memberi sedikit perubahan kepada gaya pengajaran dan pembelajaran, justeru kita perlu memperkasa pembelajaran secara maya ini khususnya dalam mendepani cabaran pembelajaran abad ke-21 akan datang.

Murid dan ibubapa boleh mengikuti saluran Youtube kami di pautan : https://www.youtube.com/channel/UC_PkTCCt8U8zEgOAmm08K6A 


Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours