Kejohanan Sukaneka merupakan satu acara wajib yang dijalankan di sekolah. Ia merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa mereka di bangku persekolahan. 

MATLAMAT 
Kejohanan Sukaneka ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid bagi menghadapi kejohanan olahraga pada masa akan datang. 

Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia memperkasakan Program 1 Murid 1 Sukan. 

OBJEKTIF 
Kejohanan Sukaneka ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. 
Antaranya adalah untuk: 
  1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara Sukan Tahunan sebagai acara tahunan sekolah.
  2. Membina kecergasan fizikal dan mental murid melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. 
  3. Mewujudkan semangat perpaduan dan semangat juang dikalangan murid dan guru melalui pertandingan antara rumah sukan. 
  4. Mewujudkan sikap bekerjsama dikalangan warga SK Gong Dermin dalam mengendalikan acara yang memerlukan penglibatan semua pihak untuk menjayakannya. 
KUMPULAN SASARAN 
Semua murid Sekolah Kebangsaan Gong Dermin. 

TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT KEJOHANAN 
Tarikh : 27 & 28 /7/2022 
Hari : Rabu & Khamis 
Masa : 7.40 pagi – 12.40 petang 
Tempat : Sekolah Kebangsaan Gong Dermin





































































































































































































































Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours