Kejohanan Pembangunan Renang 2025 merupakan program pembangunan sukan air di bawah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Kelab Akuatik Kito.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada atlet muda dalam sukan renang serta menyediakan platform pertandingan yang selamat, terkawal dan berstruktur mengikut piawaian kejurulatihan kebangsaan.
Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet muda dari seluruh negeri Kelantan dengan pelbagai kategori umur dalam usaha mencungkil potensi baharu, meningkatkan kemahiran teknik renang serta menyemai budaya sukan yang positif.
Objektif Kejohanan adalah untuk :
- Memberi peluang kepada atlet pembangunan menimba pengalaman pertandingan sebenar.
- Mengesan bakat baharu untuk diserap ke dalam program pembangunan negeri dan kebangsaan.
- Memantapkan kemahiran teknik renang mengikut standard kejurulatihan semasa.
- Memupuk nilai disiplin, ketahanan mental dan semangat kesukanan di kalangan atlet muda.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama antara KBS, jurulatih, sekolah, persatuan sukan dan ibu bapa.
- Tarikh: 29 November 2025
- Tempat: Kolam Renang, Kelantan Golf @ Country Club (KGCC) Kota Bharu.
- Penganjur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kerjasama: Majlis Sukan Negeri, Kelab Akuatik Kito
- Penyertaan: Atlet pembangunan berumur 8 – 17 tahun
- Bilangan Peserta Dari SKGD : ADIK AMMAR DARWISY BIN MUHAMMAD ALHAZMI ( 6 AMAL )
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


Post A Comment:
0 comments so far,add yours