Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 4 Penjuru Sempena Persiapan Ke Kojahanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Bharu Utara 2026 telah diadakan di Padang Sekolah SK Mentera. Pihak sekolah Gong Dermin diwakili oleh murid-murid seramai 18 orang dibantu oleh jurulatih sekolah terdiri daripada Cikgu Saiful Bahri, Cikgu Thaqif ( IPG Kota Bharu ), Cikgu Zukinor, Cikgu Syamsul, Ustaz Hisham, Ustaz Shukri, Penolong Kanan Kokurikulum dan juga Pengerusi PIBG SKGD

Tarikh : 26 April 2026 
Hari : Ahad
Masa : 5.00 - 6.30 petang.
Tempat : Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Mentera
Penganjur : SK Mentera
Penyertaan Pasukan :
  1. SK Mentera 
  2. SK Gong Dermin
  3. SK Seri Melor
  4. SK Mentuan
Objektif Pertandingan :
  1. Meningkatkan kemahiran dan prestasi pemain bola sepak sekolah rendah. 
  2. Memberi pendedahan kepada situasi perlawanan sebenar. 
  3. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan. 
  4. Mengeratkan hubungan antara sekolah dalam daerah.
Ringkasan Perlawanan
Perlawanan berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. Semua pasukan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan. Beberapa aksi menarik dan jaringan gol berjaya dipersembahkan oleh pemain. 












Kongsi :

Cikgu Kamal Azrul

Post A Comment:

0 comments so far,add yours