Post Terkini

Pengurusan kokurikulum sekolah dikendalikan oleh Jawatankuasa Kokurikulum yang dipengerusikan oleh Guru Besar, dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru penasihat yang dilantik. Semua aktiviti dilaksanakan berdasarkan takwim kokurikulum yang telah dirancang pada awal tahun 2025.

Aktiviti badan beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain telah dilaksanakan secara berjadual. Aktiviti meliputi latihan kawad kaki, kemahiran asas, perkhemahan, kursus kepimpinan dan penyertaan pertandingan. Penyertaan murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan serta memberi impak positif terhadap disiplin dan jati diri murid. 

Pelbagai kelab dan persatuan akademik serta bukan akademik telah dijalankan sepanjang tahun 2025. Aktiviti yang dilaksanakan termasuk pertandingan senamrobik, pertandingan tarian irama Malaysia, pertandingan bintang kecil, bengkel, pameran, kuiz dan projek berpasukan. Program-program ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran serta menggalakkan kemahiran komunikasi dan kerjasama. 

Bidang sukan dan permainan telah dilaksanakan dengan teratur melalui latihan berkala dan penyertaan kejohanan. Antara aktiviti utama ialah kejohanan olahraga tahunan, sukan antara rumah serta penyertaan dalam kejohanan peringkat zon dan daerah. Pencapaian murid adalah membanggakan dan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang tahun 2025, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mencapai tahap yang memuaskan. Beberapa pasukan dan individu telah berjaya meraih kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama yang baik antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru penasihat, ibu bapa serta murid.

Berikut merupakan Laporan Tahunan Aktiviti Kokurikulum 2025 sebagai rujukan. Sila klik pautan berikut : https://laporantahunankoskgd2025.my.canva.site/ 
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2025 telah dilaksanakan secara terancang dan berfokus selaras dengan takwim sekolah serta garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti melibatkan tiga komponen utama iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk membentuk sahsiah murid yang seimbang, meningkatkan kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan serta menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti luar bilik darjah. Pelaksanaan Aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan. 

Sepanjang tahun 2025, murid terlibat dalam latihan mingguan, aktiviti dalaman sekolah serta penyertaan pertandingan di peringkat zon, daerah dan negeri. Pelaksanaan aktiviti turut dipantau oleh guru penasihat bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan murid. Pencapaian Pelaksanaan kokurikulum menunjukkan peningkatan dari segi kehadiran murid, komitmen guru serta pencapaian dalam pertandingan. Beberapa pasukan dan kelab telah berjaya meraih pencapaian membanggakan serta mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. 

Aktiviti kokurikulum memberi impak positif terhadap pembangunan sahsiah murid termasuk peningkatan disiplin, keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta semangat kesukanan. Murid juga menunjukkan peningkatan motivasi dan minat untuk hadir ke sekolah. 

Antara cabaran yang dihadapi ialah kekangan masa, komitmen murid terhadap aktiviti luar serta keperluan penambahbaikan dari segi kemudahan dan peralatan. Penambahbaikan Langkah penambahbaikan akan dilaksanakan melalui perancangan awal aktiviti, pengukuhan kerjasama antara guru dan ibu bapa serta penyediaan kemudahan dan sokongan yang lebih sistematik bagi tahun berikutnya. 

Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2025 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya menyumbang kepada pembentukan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

Sekolah Kebangsaan Gong Dermin telah melaksanakan penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada semua ibu bapa murid tahun 1 hingga tahun 6. Ibu bapa murid telah datang dan bersemuka dengan guru kelas bagi mendapatkan  keputusan PBD anak masing-masing.  

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menilai tahap penguasaan murid dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penyerahan laporan PBD ini disediakan bagi tujuan pelaporan akhir tahun dan sebagai rekod rasmi penyelarasan pentaksiran sekolah.

Selain PBD, keputusan Ujian SEGAK, Ujian Psikometrik, Ujian PAJSK, dan UASA juga diberikan kepada ibu bapa / penjaga. 

Secara keseluruhannya, penyerahan PBD bagi sesi 2025 telah berjalan dengan lancar. Semua guru berjaya menyerahkan dokumen pentaksiran mengikut garis masa yang ditetapkan. Murid menunjukkan tahap penguasaan yang positif dalam kebanyakan mata pelajaran, khususnya Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Matematik.
Pertandingan Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Sekolah Kebangsaan Gong Dermin merupakan satu inisiatif bagi memupuk kecintaan murid terhadap budaya warisan Melayu. Pertandingan ini juga memberi ruang kepada murid-murid untuk mengasah bakat seni persembahan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkenalkan budaya tradisi kepada masyarakat umum. 

T ARIKH DAN TEMPAT PROGRAM 
Tarikh : 04 Ogos 2025
Hari : Isnin
Tempat : AEON Mall, Kota Bharu.

OBJEKTIF PROGRAM : 
  1. Menyemai minat terhadap kesenian dan tarian tradisional dalam kalangan murid prasekolah.
  2. Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai adat, budaya dan etika persembahan. 
  3. Melatih murid berkeyakinan tampil di khalayak ramai. 
  4. Menggalakkan kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan. 
Seramai  10 orang murid prasekolah telah mewakili Sekolah Kebangsaan Gong Dermin dalam pertandingan ini. Mereka telah menjalani latihan intensif sebelum pertandingan di bawah bimbingan Cikgu Tengku Zatul-'Iffah Binti Tengku Muhamad serta guru-guru prasekolahSKGD.





Kejohanan Pembangunan Renang 2025 merupakan program pembangunan sukan air di bawah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Kelab Akuatik Kito. 

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada atlet muda dalam sukan renang serta menyediakan platform pertandingan yang selamat, terkawal dan berstruktur mengikut piawaian kejurulatihan kebangsaan. Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet muda dari seluruh negeri Kelantan  dengan pelbagai kategori umur dalam usaha mencungkil potensi baharu, meningkatkan kemahiran teknik renang serta menyemai budaya sukan yang positif. 

Objektif Kejohanan adalah untuk : 
  1. Memberi peluang kepada atlet pembangunan menimba pengalaman pertandingan sebenar. 
  2. Mengesan bakat baharu untuk diserap ke dalam program pembangunan negeri dan kebangsaan. 
  3. Memantapkan kemahiran teknik renang mengikut standard kejurulatihan semasa. 
  4. Memupuk nilai disiplin, ketahanan mental dan semangat kesukanan di kalangan atlet muda. 
  5. Mengukuhkan jaringan kerjasama antara KBS, jurulatih, sekolah, persatuan sukan dan ibu bapa. 
BUTIRAN KEJOHANAN 
  • Tarikh: 29 November 2025 
  • Tempat: Kolam Renang, Kelantan Golf @ Country Club (KGCC) Kota Bharu. 
  • Penganjur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kerjasama: Majlis Sukan Negeri, Kelab Akuatik Kito
  • Penyertaan: Atlet pembangunan berumur 8 – 17 tahun 
  • Bilangan Peserta Dari SKGD : ADIK AMMAR DARWISY BIN MUHAMMAD ALHAZMI ( 6 AMAL )
ANUGERAH YANG DIMENANGI : 
  1. Emas - 25 M Gaya Dada
  2. Emas - 25 M Gaya Bebas
  3. Perak - 25 M Gaya Dada
  4. Perak - 50 M Gaya Bebas
  5. Perak - 25 M Gaya Kupu - Kupu
  6. Gangsa - 50 M Gaya Kupu - Kupu





















Kejohanan Bola Baling (Lelaki & Perempuan) Luar Musim Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) Tahun 2025 merupakan salah satu program sukan tahunan yang bertujuan meningkatkan penglibatan murid dalam kegiatan sukan kompetitif di peringkat negeri. 

Penganjuran luar musim ini memberi ruang kepada pasukan sekolah memantapkan persediaan sebelum kejohanan rasmi MSSK serta membina kesinambungan latihan bagi atlet yang berpotensi. 

Kejohanan ini bermatlamat untuk: 
  1. Mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid sekolah di negeri Kelantan. 
  2. Memberi peluang kepada pasukan sekolah menjalani pertandingan sebagai persediaan awal musim.
  3. Meningkatkan kemahiran taktikal dan teknikal pemain bola baling. 
  4. Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama antara pemain serta jurulatih. 
  5. Menyediakan platform pertandingan yang teratur dan selamat. 
  6. Menguji keberkesanan latihan yang dijalankan oleh pasukan sekolah. 
  7. Membolehkan jurulatih mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan masing-masing.
  8. Melahirkan atlet berpotensi untuk mewakili negeri dalam kejohanan kebangsaan. 
Nama Program: Kejohanan Bola Baling (Lelaki & Perempuan) Luar Musim MSSK 2025 
Anjuran: Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) 
Tarikh: 1 & 2 Disember 2025
Masa: 8.00 - 4.00 ptg
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ( IPGM )
Penyertaan: Pasukan lelaki & perempuan bawah 11 tahun seramai 14 orang 
Jurulatih Sekolah : Cikgu Zukinor Aziman, Cikgu Aina Nasuha, Cikgu Sukri & Ustaz Hisham
Murid terpilih :
  1. Nur Sharifaumairah Binti Suhardy
  2. Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Zulfadli
  3. Nur Adriana Saffiya Binti Mohd Shafiq
  4. Wan Delisha Safrina Binti Wan Mohd Zawawi 
  5. Nurul Farisha Afina Binti Mohd Suhardy
  6. Alesya Binti Mohammad Adila
  7. Basyirah Fathia Binti Zawawi
  8. Amer Bashir Alhafiz Bin Azmi
  9. Shamsul Adam Amsyar Bin Shamsul Akma
  10. Muhammad Azwar Bin Suhardy
  11. Ahmad Mu'az Bin Mohammad Adila
  12. Muhammad Solehin Bin Md Ibrahim
  13.  Ahmad Aniq Darwisy Bin Ahmad Khairul Anwar
  14.  Ahmad Umar Mursyid Bin Supia Sughari
Pencapaian :
3 orang murid SKGD telah terpilih ke MSSK iaitu :
  1. Shamsul Adam Amsyar Bin Shamsul Akma
  2. Amer Bashir Alhafiz Bin Azmi
  3. Ahmad Mu'az Bin Mohammad Adila














Sekolah Kebangsaan Gong Dermin telah berjaya menghantar 2 pasukan robotik ke peringkat antarabangsa yang telah diadakan di ADTEC, JTM Perak. Pertandingan ini telah berlangsung selama 4 hari yang disertai oleh  murid SKGD iaitu :
  1. WAN AZEEM ASHWAD BIN WAN AZMEER
  2. AISY RIFQI BIN FADHLI
  3. NUR SARAH HANIM BINTI MOHD HELMI
  4. MUHAMMAD HAZIQ IFFAT BIN MOHD HELMI
Perak International Robot Competition (PIRC) berlangsung pada tarikh : 24 - 28 April 2025 diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Bazli  Wan Ismail bersama Cikgu Mohd Hilmi Mohd Salleh selaku guru pembimbing membawa nama dan semangat SKGD kepersada antarabangsa.  

Pertandingan ini berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai peringkat untuk bersaing dalam kategori robotik dan rekacipta. Objektif pertandingan ialah untuk :
  • Menggalakkan minat dan penglibatan pelajar dalam STEM, khususnya robotik dan kejuruteraan.
  • Menyediakan platform bagi peserta mempamerkan kebolehan rekacipta, pengaturcaraan dan kerja berpasukan. 
  • Mengukuhkan jaringan antara institusi pendidikan, industri dan agensi kerajaan berkaitan latihan teknikal
  • Mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada idea, inovasi dan kemahiran teknikal peserta.
ADTEC, JTM Perak selaku tuan rumah telah berjaya menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa dan mereka perlu dipuji atas komitmen serta kerja kuat menjayakan pertandingan ini kerana berjaya menggalakkan pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional di peringkat negeri dan antarabangsa.