Articles by "HEM"
Showing posts with label HEM. Show all posts
Khamis, 27 Oktober 2022 - SK Gong Dermin telah mengadakan gotong-royong perdana bagi sesi 2022. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan guru di sekolah.  Sebelum bermula acara gotong-royong perdana, murid-murid dan guru diberi taklimat oleh Penolong Kanan HEM.

Kemudian, setiap guru kelas diminta membahagikan tugas-tugas kepada setiap murid mengikut kelas dan kawasan bagi melaksanakan program Gotong-Royong Perdana. Murid-murid dan guru kemudian mula bergerak ke kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu dan berus.

Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga sekolah akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

Rasional program ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria untuk keselesaan seluruh warga sekolah. Perlaksanaan program ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada seluruh warga sekolah kerana sekolah semakin bersih, cantik ceria dan yang paling utama selamat untuk seluruh warga sekolah. Semoga dengan perlaksanaan program 3K ini seluruh warga sekolah akan sama-sama mendapat manfaatnya. 





















SAKSIKAN VIDEO KAMI DI SALURAN YOUTUBE :
 
Pada 25 Ogos 2022, SK Gong Dermin telah mengadakan Latihan Kebakaran (Pengurusan Bangunan) melibatkan semua murid, guru dan Jabatan Bomba & Penyelamat Balai Bomba Pasir Tumboh.

Latihan ini diadakan selari dengan dasar KPM ( Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/2000 ) serta perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan. 

Matlamatnya ialah Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran dan pandai mengguna alat pemadam api yang disediakan di sekolah.






Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan

Sesi persekolahan 2021 telah bermula pada minggu pertama bulan Mac 2021 secara berperingkat dimana pelajar tahap 1 pada  01 Mac 2021 manakala tahap 2 pada 08 Mac 2021.

Manisfm dalam satu Program CSR ‘Back To school’ telah menyasarkan beberapa sekolah di negeri di pantai timur dengan memberi sumbangan dengan Kerjasama Syarikat Muda Osman (SMO).

Sumbangan itu di sambut baik oleh pihak sekolah dan guru besar di setiap sekolah ‘turun padang’ untuk menerima penyerahan sumbangan kepada pihak sekolah. Walau bagaimanapun, penyerahan itu dalam pematuhan SOP.

Antara sekolah di Kelantan yang menerima sumbangan ialah SK Kadok, SK Kubang Kerian 2, SK Gong Dermin. Manakala di Pahang ialah SK Kuala Penor, SK (LKTP) Kg New Zealand dan SK Ulu Luit yang mana ramai penduduk di sekitar itu terjejas dengan Bencana banjir besar pada hujung tahun 2020.

Guru Besar SK Kadok menerima penyerahan sumbangan.
Guru Besar SK Kubang Kerian 2 terima sumbangan.
Guru Besar SK Gong Dermin (dari kanan) menerima sumbangan

Manisfm prihatin terhadap rakyat yang terjejas pendapatan semasa mendepani situasi semasa pandemik Covid-19.

Bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Guru Besar SK Kuala Penor (dua dari kiri) menerima sumbangan.
Guru Besar SK (LKTP) Kg New Zealand (dua dari kanan) terima sumbangan.
Guru Besar SK Ulu Luit (dua dari kiri) menerima sumbangan

Sumbangan itu bertujuan bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain menyuntik semangat anak murid bagi menghadiri sesi persekolahan tahun ini.


KUALA LUMPUR: Penutupan sekolah di seluruh negara dibuat berdasarkan analisis data kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah yang semakin meningkat ketika gelombang ketiga COVID-19. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata data kementerian mendapati kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan, walaupun terletak di negeri tidak mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. 

Katanya, ketidakhadiran murid disebabkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka jika hadir ke sekolah. Penutupan sekolah di Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak membabitkan seramai 1.09 juta murid, 99,491 guru dan 20,438 kumpulan pelaksana. "Ini adalah jumlah signifikan dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas barisan hadapan membendung penularan COVID-19. 

"Kementerian berpandangan usaha membendung penularan wabak ini amat penting dalam memastikan sesi persekolahan 2021 dapat dimulakan dalam keadaan selamat seperti dijadualkan. "Ini juga penting bagi memastikan peperiksaan awam yang ditangguhkan ke Februari 2021 dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya rasional penutupan sekolah seluruh negara, penangguhan peperiksaan awam dan rancangan membantu pelajar tiada kemudahan internet serta komputer riba, khususnya di kawasan pedalaman. 

Mengenai penangguhan peperiksaan awam, Radzi berkata, keputusan itu mengambil kira pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, antara Mac hingga Jun lalu. Katanya, terdapat banyak sekolah di beberapa negeri terpaksa ditutup semula ekoran penguatkuasaan PKPB, walaupun ia dibuka semula secara berperingkat bermula 24 Jun lalu. "Peningkatan ketara jumlah kes positif COVID-19 pada gelombang ketiga dan pelaksanaan PKPB terkini juga memberi kesan kepada persiapan murid untuk menghadapi peperiksaan. 

"Melalui pindaan tarikh peperiksaan awam, calon peperiksaan akan mempunyai masa lebih panjang untuk membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan, selain memberi lebih masa kepada mereka mengikuti pembelajaran secara bersemuka apabila sekolah dibuka semula. "Penangguhan ini juga membolehkan KPM lebih bersedia mengatur pelbagai aspek logistik berkaitan pelaksanaan peperiksaan, khususnya di negeri terjejas teruk akibat penularan COVID-19," katanya. Beliau berkata, kementerian sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran secara saksama, tanpa mengira di mana mereka berada atau latar belakang sosio ekonomi. 

Katanya, murid tidak mempunyai akses kepada capaian internet atau peranti sesuai, PdP dilaksanakan melalui siaran televisyen pendidikan (TV Pendidikan) di saluran TV Okey dan Tutor TV Astro. Selain itu, guru melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah. "Kementerian kini di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara, termasuk mengambil kira keperluan pemilikan peranti murid dan akses internet di sekolah di seluruh negara," katanya.
SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. 

SSDM membawa maksud ” Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid kita. 

Secara amnya, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. 

Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti. 

Tujuan Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah untuk : 
  1. Menambahbaik SSDM sedia ada. 
  2. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada. 
  3. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. 
  4. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. 
  5. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga. 
  6. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan. 
  7. Jenis kes yang dilaporkan seperti Kes Hukuman, Amaran Lisan, Kes Tiada Asas, Kes Hukuman Amaran Bertulis, Kes Hukuman Gantung Sekolah, Kes Hukuman Buang Sekolah, Kes Hukuman Denda, Kes Hukuman Kelas dan Tahanan, Kes Hukuman Rotan Melapor Amalan Baik.
SKGD telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019 pada 28 Januari 2019 bertempat di Dewan Sri Dermin SKGD. Majlis ini disempurnakan oleh wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu iaitu Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, En. Hafizan.















Sesi persekolahan rasmi tahun 2019 bermula pada 1 Januari 2019, justeru itu, pihak sekolah SKGD telah mengadakan Hari Pendaftaran Sekolah Sesi 2019 kepada semua murid SKGD yang diadakan pada 30 Disember 2018. Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada ibubapa dan murid-murid SKGD untuk melancarkan lagi sesi persekolahan 2019.


Guru Besar, Pn. Norhasni binti Ismail sedang memberi taklimat kepada para ibubapa dan murid yang hadir di Dewan Sri Dermin.

 Ibubapa bersama anak-anak mereka tekun mendengar taklimat hari pendaftaran oleh Puan Guru Besar.
 Guru-guru AJK pendaftaran yang bertugas untuk hari pendaftaran sekolah

Barisan pentadbir SKGD.