PEMERIKSAAN suhu badan semasa hadir ke sekolah antara kebiasaan baharu yang perlu dilakukan oleh warga sekolah sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPC). Garis panduan yang telah dibekalkan oleh pihak KPM menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya akan diambil.

Pihak sekolah juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah Celsius. Pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi. 

Pihak sekolah juga ada menyediakan bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya. 

Kebiasaan baharu ini antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berikut merupakan video warga SKGD dalam mempraktikkan amalan normal baharu semasa proses pembelajaran di sekolah, saksikan....


Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours