Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah sebagai rujukan bagi semua pihak berkaitan. 

Garis panduan ini disediakan dengan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 53 Tahun 2020 pada 15 Jun 2020 telah meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan semula prasekolah / tabika / tadika kerajaan dan swasta adalah bermula dari 1 Julai 2020 (Rabu). 

Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020. Garis panduan ini terpakai untuk semua kelas prasekolah / tabika / tadika Kerajaan serta swasta dan boleh dimuat turun dari pautan berikut:



Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours