LATAR BELAKANG


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999, Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Psikologi di Agensi Awam memberi mandat bidang kuasa kepada Kaunselor Organisasi terutama di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan tugas. Pekeliling ini menggariskan beberapa perkara asas seperti kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, peranan ketua jabatan, pelantikan pegawai psikologi dan bidang tugas pegawai tersebut.

Penubuhan Bahagian Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam tahun 1992 mencetuskan perubahan dalam disiplin psikologi dan kaunseling yang mempelopori pengurusan dan perkhidmatan kaunseling di sektor awam. Kementerian Pendidikan Malaysia pula mula mengorak langkah dengan tertubuhnya Cawangan Kaunseling dan Keutuhan dalam Bahagian Sumber Manusia pada tahun 2002 dan seterusnya menjadi Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) pada 1 Mac 2008. Senario ini memberikan paradigma baru terhadap pengurusan dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian Pendidikan Malaysia. Model pengurusan dan perkhidmatan Bahagian Psikologi dan Kaunseling dianggap sebagai penanda aras awal bagi pelaksanaan di peringkat sektor awam.

Bagi mengaplikasikan sistem penyampaian melalui aspek psikologi dan kaunseling, ia memerlukan komitmen dan perjuangan yang tinggi dan integriti. Bagi tujuan ini, penstrukturan semula Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengemaskini struktur di peringkat akar umbi iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi di seluruh negara. Paradigma perubahan ini begitu mencabar bukan sahaja menyediakan prasarana dan kemudahan fizikal tetapi menyediakan sumber tenaga manusia yang dapat berdaya saing dan dapat melonjakkan BPsK sebagai model aplikasi psikologi dan kaunseling di Malaysia khususnya di Kementerian Pendidikan Malaysia.

VISI

Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan

MISI

Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
  • Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  • Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor Organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan Akta Kauselor 1998 (Akta 58Q);
  • Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit; 
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
  • Memastikan Laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
  • Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.

STRUKTUR ORGANISASI

carta organisasi untuk portal KPM


HUBUNGI

AlamatNombor TelefonFaksEmel (@moe.gov.my)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604, Putrajaya
03-8872 168103-8872 1680[emal]
  • Hits: 30962
Kongsi :
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours