❤Bimbingan Dan Kaunseling❤

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling


   
      Definisi bimbingan dan kaunseling menurut kamus dewan edisi ketiga (1997) adalah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Para psikologi banyak mengemukakan pandangan mereka akan definisi bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran fahaman masing-masing. 

     

Definisi bimbingan dan kaunseling menurut Othman mohamed (2000) adalah sebahagian dari proses menolong dimana meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai. Kebiasaannya ianya merujuk kepada menentukan perkembangan dirinya. Berbagai-bagai pengertian telah diberikan kepada bimbingan. Yang berikut ialah pengertian-pengertian yang berlandaskan tumpuan dan tekanan yang tertentu. Kesemua pengertian tersebut adalah betul dan tiada satu pengertian yang lebih betul jika dibandingkan dengan pengertian lain.


      Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian. mengikut Mathewson, Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.

      Secara ringkasnya bimbingan kaunseling ini dapat diklasifikasikan dalam beberapa maksud iaitu:


  1. Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan kearah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang lebih baik.
  2. Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kelkeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.



PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

      Terdapat beberapa yang dapat dilihat melalui bimbingan dan kaunseling ini. Antaranya dari segi profesional dimana bimbingan melibatkan semua guru yang dianggap sebagai pebimbing kepada para pelajar manakala kaunseling pula memerlukan tauliah, ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling. Proses bimbingan ini dilakukan dimana-mana sahaja tempat tanpa mengira masa dan kaunseling pula mempunyai masa tertentu dengan tempat tertentu yang ditentukan oleh kaunselor itu sendiri. 



      Bimbingan boleh dilakukan tanpa memerlukan teori dari mana-mana tokoh falsafah mahupun tokoh dalam bidang berkaitan kaunseling. bagi kaunseling pula perlu dilakukan dengan adanya beberapa teori yang ditetapkan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Albert Bandura dalam teori peniruan. Semua orang boleh memberikan bimbingan tidak kira guru mahupun pelajar kerana dalam bimbingan ini adanya kaunseling yang boleh dilakukan. Bagi kaunseling pula hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang berkelayakan sahaja kerana mereka ini memiliki kepakaran dalam bidang kaunseling yang hanya dimiliki oleh beberapa individu yang memiliki sijil sarjana muda dalam bidang kaunseling sahaja.





Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling

Bimbingan dan kaunseling ini mempunyai beberapa matlamat yang perlu mereka capai.
Antaranya:

1) Memberikan sokongan psikologikal dari aspek:
        Penyesuaian diri- Disini pelajar akan dibantu oleh guru mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka seperti lokasi-lokasi yang perlu diketahui mereka seperti tandas, kantin, surau, makmal komputer dan lain-lain.
        Kesihatan mental- Kesihatan mental disini bermaksud pelajar-pelajar hendaklah berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang gangguan yang boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa untuk menuntut ilmu di sekolah.
        Keberkesanan peribadi- Keberkesanan peribadi merupakan aspek yang penting dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya dalam hidup mereka. Hal ini kerana Keberkesanan peribadi murid inilah yang melambangkan sumber semangat mereka untuk berjaya

2) Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
       * Contohnya: Ali suka berluma secara haram. Kaunseling boleh membantu Ali mengubah tingkah lakunya kepada galakan minatnya seperti berlumba di litar yang disediakan oleh kerajaan

3) Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang kelilingnya.
        * Contohnya: Ikin merasa marah dan kecewa kepada kawan-kawannya. Kaunseling dapat membantu ikin untuk berkomunikasi dengan kawan-kawannya tentang perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan.

4) Membantu klien membuat keputusan dengan lebih rasional.
        * Contohnya: Amirul keliru dalam memilih kerjaya bagi masa depannya. Kaunseling membantu amirul untuk mengenali minat dan kerjaya bagi minatnya itu.

5) Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dalam kesusahan.
          * Contohnya: Syakilla mengalami kecacatan ketika kemalangan dan berasa rendah diri dan tiada harapan untuk maju. Kaunseling dapat membantu syakilla menerima kekurangan sebagai bukan penghalang untuk dia maju.


PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Terdapat pelbagai prinsip-prinsip yang dititikberatkan didalam subjek bimbingan dan kaunseling ini. antaranya:

👍PELUANG👍

      → Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang oleh guru mereka untuk diberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang agama mahupun kepercayaan.

👍TANGGUNGJAWAB BERSAMA👍

      → Bimbingan dan kaunseling ini merupakan tanggungjawab bersama dimana kerjasama harus wujud bukan sahaja antara kaunselor dan klien yang memerlukan bimbingan malahan juga antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa kepada klien.

👍MENGIKUT PROSEDUR ATAU TATACARA👍

      → Perkhidmatan ini haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan. 
      → Ianya akan menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

👍HUBUNGAN MESRA DAN KEPERCAYAAN👍

      → Kaunseling ialah interaksi antara klien dan kaunselor 
      → Ianya berdasarkan prinsip hubungan mesra, kepercayaan, ikhlas dan jujur terhadap klien.

👍TIADA PAKSAAN👍

      → Bimbingan ini hanya boleh dijalankan kepada klien yang rela menerima teguran dan tidak boleh dipaksa, termasuklah didalam pemilihan tempat untuk perbincangan.
      → Kebiasaannya klien yang rela ditegur akan mencari sendiri kaunselor untuk membimbing mereka berubah menjadi seperti sedia kala.

👍DITEMPAT YANG KHAS👍

      → Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan klien di dalam bilik yang disediakan khas untuk proses bimbingan.
      → Contohnya bilik khas yang terdapat disekolah yang tertutup dan tidak boleh didengar oleh orang lain.

👍DIURUS MENGIKUT ETIKA👍

      → Ianya haruslah dilakukan mengikut etikanya. Ianya demi memelihara hak murid.
      → Segala maklumat klien adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien itu sendiri.

👍DIJALANKAN DALAM SITUASI BERSENDIRIAN👍

      → Proses bimbingan dan kaunseling ini hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan klien.
      → Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.

👍MERANCANG TINDAKAN SUSULAN👍

      → Tindakah susulan hendaklah difikirkan oleh kaunselor selepas proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.

👍DIURUSKAN KAUNSELOR BERTAULIAH👍
     → Perkhidmatan kaunseling hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang bertauliah ataupun guru bimbingan yang terlatih.
     → Ianya orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah dari segi akademik ataupun masalah peribadi klien itu sendiri.



Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling


1. Menyelesaikan konflik yang berlaku kepada individu.

* Setiap individu haruslah menyelesaikan segala komflik yang berlaku dalam diri mereka. Hal ini  penting, supaya tidak menganggu perjalanan hidup mereka ke arah yang lebih positif dan produktif. Sebagai contoh, mengambil langkah drastik dengan berjumpa dengan kaunselor untuk mencari jalan  penyelesaian bagi setiap konflik yang berlaku dalam hidup.

2. Meningkatkan kemahiran klien dalam membuat sesuatu keputusan

*Perkara ini berlaku dengan jayanya jika klien sering bertemu dengan kaunselor untuk menetapkan kebenaran atau kesahihan sesuatu keputusan.  Tanpa bantuan atau dorongan daripada kaunselor, kemahiran ini tidak dapat dilaksanakan dan  hasilnya tidak akan diperoleh.

3.Meningkatkan kemahiran kaunselor dalam mengaplikasi ilmu kaunseling kepada klien

*Perkongsian ilmu itu membawa kepada hikmah dan impak positif kepada kaunselor. Hal ini demikian kerana, setiap kali kaunselor berkongsi jalan penyelesaian kepada klien, Allah akan memperluaskan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang kaunseling dan pengalamannya juga akan bertambah dalam misi menghadapi masalah klien yang lebih mencabar pada masa akan datang.

4.Menggalakan klien untuk melaksanakan pemahaman kendiri.

*Klien yang bertemu dengan kaunselor akan dapat mengenali dirinya sendiri dan boleh menentukan  pencapaian yang diingini dalam hidupnya. Selain itu, dapat mengurangkan kebergantungan klien  kepada orang lain untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal mendatang

5.Memperbaiki hubungan klien dengan masyarakat disekelilingnya.

*Kaunseling boleh mengubah pandangan atau mentaliti klien terhadapasyarakat di luar  sana yang menganggap dirinya bermasalah. Oleh hal yang demikian, proses kaunseling  membolehkan klien itu rasa  seronok  atau   selesa dengan masyarakat diseklilingnya terutama sekali keluarga terdekatnya
 Hubungan yang baik membolehkan kesejahteraan hidup boleh dicapai oleh semua orang 
didunia ini  jika pandangan yang positif diaplikasikan dalam hidup.

ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Etika bermaksud suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan. Setuap pekerjaan mempunyai etika tersendiri yang telah ditetapkan sejak awal sesebuah pekerjaan itu ditubuhkan. Dalam bimbingan dan kaunseling terdapat beberapa etika yang digunakan kaunselor atau guru sebagai panduan dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan ini. Antara etika yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling ini adalah:

1)Guru tidak mengambil tugas kaunselor

‍Guru sekolah tidak boleh mengendalikan kaunseling tetapi mereka boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari tentang kaunseling untuk membantu pelajar sekolah yang memerlukan bantuan

‍Guru pebimbing atau penasihat perlu membimbing secara sistematik dan teratur berpandukan kemahiran mereka yang tersendiri maka mereka dapat membantu pelajar yang bermasalah

2)Menjaga kerahsiaan

‍Kerahsiaan adalah privasi diantara pelajar dan juga kaunselor yang tidak boleh diketahui oleh orang lain melainkan mendapat persetujuan daripada pelajar itu

‍Ia merupakan janji atau kontrak bagi menghormati privasi klien agar masalah yang dihadapinya tidak diketahui oleh pihak lain agar3)Meneroka pilihan yang sesuai

‍Dalam proses bimbingan dan kaunseling, kaunselor tidak boleh memberitahu kepada klien apa yang hendak dilakukan, tetapi kaunselor membantu klien itu menghadapi masalah yang dihadapi olehnya

‍Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan klien itu dari bergantung kepada kaunselor. Perkara ini boleh memberikan masalah baharu kepada klien

4)Guru menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuannya

‍Adakalanya kaunselor itu sendiri mempunyai masalah yang lebih kompleks berbanding kliennya

‍Antara masalahnya adalah klien yang depresi, agresif, vandalisme, terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan suka menentang pihak berkuasa

5)Klien diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh

‍Kaunselor hendaklah memberikan tumpuan kepada klien yang bermasalah dan sukar untuk dia hadapinya sendiri

‍Walaupun tidak mengenali klien itu, apabila dia meminta bantua maka hendaklah kaunselor itu membantu dengan sebaik mungkin

6)Memahami setiap klien adalah berbeza dan unik

‍Setiap manusia mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, kaunselor haruslah bijak mengetahui setiap kemahiran dan kelemahan kliennya semasa proses bimbingan dijalankan

‍Kaunselor hendaklah memberikan tumpuan terhadap perbezaan setiap kliennya agar dapat membantunya mengatasi masalah tersebut

7)Menerima klien tanpa syara

‍Seorang kaunselor yang professional hendaklah menerima sesiapa sahaja klien yang datang untuk menerima rawatan kaunseling

‍Jika permintaan klien tersebut melebihi kemampuannya, hendaklah diberikan kes klien itu kepada pihak yang lebih mahir

8)Bersifat terbuka dan tidak menghukum

‍Klien tidak perlu dipaksa untuk memberitahu masalah yang dihadapinya

‍Mereka jugak tidak boleh dipaksa untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana apabila dipaksa hanya akan menyebabkan mereka makin sukar untuk dibantu

‍Suasana kerelaan dan kemesraan hendaklah diwujudkan setiap kali adanya sesi bimbingan dan kaunseling diadakan. Ianya bagi memudahkan klien meluahkan perasaannya kepada kaunselor

JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Setiap sekolah mempunyai perkhidmatan kaunseling yang tersendiri. Perkhidmatan kaunseling dijalankan bagi mengurangkan tahap masalah yang terjadi disekolah. Ianya juga dijalankan bagi mengubah tingkah laku pelajar yang sering bermasalah kepada pelajar yang baik. Perkhidmatan kaunseling yang dijalankan ini hendaklah bersesuaian mengikut kadar masalah yang banyak berlaku di sekolah itu. Terdapat beberapa perkhidmatan kaunseling yang akan dititikberatkan dan seharusnya dijalankan disetiap sekolah agar masalah sosial di sekolah berkurangan. Antaranya:


(1)Pemilihan kurikulum kerjaya
💗Kurikulum kerjaya ini berfungsi untuk menentukan kerjaya pelajar setelah tamatnya sekolah. Ini dijalankan bagi memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka setelah tamat sekolah menengah sebelum menjejakkan kaki ke alam kolej.
💗Antara contoh kurikulum kerjaya adalah inventori minat dan kerjaya, karnival kerjaya dan program pra kolej yang boleh guru adakan di sekolah bagi memupuk semangat untuk mengejar ilmu kedalam diri para pelajar.
💗Program seperti ini kebiasaannya dijalankan pada hari sekolah dimana jika diadakan pada hari cuti kemungkinan kehadiran pelajar adalah sedikit. Oleh itu guru hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pemilihan kurikulum kerjaya kepada pelajar agar pelajar dapat menanamkan minat untuk mengejar impian mereka dalam menuntut ilmu sehingga ke menara gading seterusnya membanggakan ibu bapa mereka
(2)Kaunseling individu
💗Merupakan perkhidmatan professional yang melibatkan dua orang pihak iaitu kaunselor dan klien dalam satu proses yang berstruktur dan beretika yang bertujuan untuk membantu klien memahami diri dan persekitarannya dan menentukan cara klien bertindak di masa depan
💗Proses yang boleh dijalankan didalam kaunseling individu adalah:
      1.persediaan prasesi dan penstrukturan
      2.membina hubungan
      3.meneroka masalah
      4.mengenal pasti masalah
      5.memilih atau membincang alternatif
      6.mengambil tindakan'
      7.menamatkan sesi
💗Tujuan kaunseling individu ini sesuai dijalankan disekolah adalah kerana ianya dapat mewujudkan hubungan yang terbuka antara kaunselor dan juga klien. Sesi kaunseling individu ini hendaklah dijalankan didalam beberapa sesi sahaja iaitu 40minit atau sejam bagi setiap satu sesi.
💗Kaunseling individu ini menitik beratkan perkembangan peribadi klien dimana pada setiap sesi kaunselor perlu sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah klien agar dapat melihat perkembangan yang positif didalam diri klien itu.
(3)Kaunseling Kelompok
💗Kaunseling kelompok merupakan sesi pemulihan yang dijalankan secara beramai-ramai ataupun kelompok. Kaunseling ini kebiasaannya dijalankan disekolah dan kelompoknya kebiasaannya dikelaskan mengikut jenis kesalahan atau masalah yang sama seperti ponteng, lemah dalam pelajaran dan sebagainya.
💗Ahli dalam kaunseling kelompok ini mendapat peluang memperkembangkan hak dan autonomi. Disini individu hendaklah berdikari daripada saling bergantung kepada kaunselor. Kaunseling kelompok ini juga dapat mengelakkan hubungan antara kaunselor dan klien yang tidak produktif
💗Sumber maklumat dari ahli-ahli lain dalam kelompok akan menjadi lebih bagus dengan memasukkan persepsi dan cadangan serta pandangan dari semua ahli bukan dari kaunselor sahaja. Sokongan dari ahli juga penting dari pelbagai arah. Hal ini kerana individu boleh belajar memberi sokongan dan membimbing ahli lain dan menerima pandangan dari ahli lain.
💗Pembelajaran secara modelling atau peniruan adalah signifikan dan sesuai dijalankan dalam kaunseling kelompok.
(4)Perkhidmatan pencegahan dadah dan rokok
❤Perkhidmatan pencegahan dadah dan rokok ini kebiasaannya dijalankan disekolah-sekolah menengah yang mana mempunyai masalah sosial yang tinggi. perkhidmatan ini dijalankan dalam beberapa bentuk antaranya kempen kesihatan dan pameran berkaitan bahaya dadah dan rokok ini.
❤Perkhidmatan ini dijalankan di sekolah kerana pada zaman yang maju ini, pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif seperti dadah dan rokok ini.
❤Kempen kempen membanteras dadah dan rokok ini hendaklah kerap dilaksanakan di sekolah menengah khususnya bagi mengurangkan masalah sosial dari terus meningkat di sesebuah sekolah. Perkhidmatan ini memerlukan sepenuh tenaga dari guru dan pihak ibu bapa bagi menjayakan kempen membanteras dadah ini kerana jika tidak dilaksanakan kempen seperti ini akan menjadikan masalah dadah dan rokok semakin meningkat.
(5)Perkhidmatan memberikan maklumat
❤Perkhidmatan ini dijalankan di sekolah menengah dan sekolah rendah. kebiasaannya guru kaunseling akan memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar. Cara mudah untuk menghadapi pelajar bermasalah seperti ini adalah dengan memberikan maklumat akan kesan baik dan buruk masalahnya itu. dengan ini akan membuatkan pelajar yang bermasalah itu menyedari akan kesalahan yang dilakukannya dan berubah menjadi lebih baik.
❤Terdapat pelbagai cara untuk memberikan maklumat. Sama ada menggunakan media cetak seperti kertas atau pun poster. selain itu, guru juga boleh menggunakan media masa seperti internet dengan mengiklankan maklumat itu di laman sesawang yang berkaitan.
❤Dengan cara ini, guru dapat menyelesaikan serta membantu pelajar yang bermasalah memperbaiki diri dan kelemahan mereka. Hal ini keran pelajar bermasalah seperti ini memerlukan perhatian yang penting kerana tanpa perhatian daripada kita akan membuatkan mereka makin bermasalah



TEORI KAUNSELING ALBERT BANDURA



LATAR BELAKANG TOKOH
-Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada
-Dilahirkan pada 04 Disember 1925
-Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana
-Mendapat pendidikan di Universiti of British Columbia
-Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal.
-Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.
-Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D).
-Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952
-Selain itu, dalam tahun 1952 selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktiukum di wichita guidance centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford.
-Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai professor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association utk Distinguished scientific contribution, pada tahun 1980.
-Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi.

KONSEP TEORI ALBERT BANDURA
❤Teori pemodelan ini merupakan proses belajar seseorang murid yang dijalankan melalui observasi dimana guru akan dijadikan model yang akan ditiru oleh pelajar. Disini pelajar akan meniru semua pergerakan yang dilakukan oleh guru tidak kira baik atau buruk. Hal ini kerana teori ini menganalisis eksperimen pengaruh model yang dijalankan oleh albert bandura dengan menjalankan eksperimen keatas seorang kanak-kanak. Disitu bandura telah menayangkan sebuah video dimana terdapat seorang wanita yang diletakkan didalam sebuah bilik bersama satu patung bobo.
❤Kemudiannya wanita itu dilihat memukul menumbuk menendang dan menjerit kepada patung bobo itu. Sepanjang video tersebut diperhatikan oleh kanak-kanak tersebut.
❤Seterusnya bandura melihat kanak-kanak tersebut melakukan perkara yang sama seperti didalam video yang ditayangkan tadi.
❤Teori ini disebut juga sebagai teori observasional atau teori belajar dari model. teori ini telah diperkembangkan oleh bandura sendiri pada tahun 1986. Teori ini menekankan bahawa sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku seseorang. inti dari teori pembelajaran sosial adalah peniruan atau modelling.❤Bandura telah mengidentifikasi 3model dasar pembelajaran observasional ini iaitu:
       -Model hidup (bertindak keluar perilaku)
       -Pembelajaran verbal (penjelasan perilaku)
       -Model simbolik karakter yang sama dengan di fiksi (tv,filem,komik,kartun)
❤Menurut bandura perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan lingkungan. Terdapat beberapa unsur dalam Peniruan iaitu:
      →Perhatian (Memperhatikan tingkah laku objek)
      →Mengingat (Merekod dalam ingatan)
      →Reproduksi (Menunjukkan Kemampuan)
      →Motivasi (Penggerak individu)


APLIKASI TEORI PEMODELAN DALAM BILIK DARJAH
Jenis peniruan
Contoh
Secara langsung
Meniru gaya komunikasi guru yang bersopan santun
Secara tidak langsung
Meniru gaya lompatan “Ninja turtle” di dalam kelas pjk untuk lompat tinggi
Gabungan
Tiru cara guru dan pemain bola sepak antarabangsa menyepak bola
Sekat laluan
Memakai baju berfesyen untuk ke majlis graduasi sekolah
Tak sekat laluan
Tiru aplikasi kita semula bahan buangan



PROSES KAUNSELING

Terdapat beberapa proses kaunseling yang perlu dijalankan mengikut prosedur agar klien dapat melakukan pemulihan secara berperingkat. Proses ini kebiasaannya dimulakan dengan sesi membina hubungan antara kaunselor dengan klien. Menurut Brammer(1970), seperti mana yang kita ketahui kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu menjalankan proses bimbingan dan kaunseling. Berikut merupakan beberapa proses kaunseling yang perlu dijalankan dengan berperingkat:
1.Proses membina hubungan
      -Pada tahap ini klien akan menilai kaunselor tersebut sama ada boleh dipercayai atau hanya sekadar berpura-pura. Dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan adalah membina hubungan dan penstrukturan antara kaunselor dan klien disamping merapatkan lagi hubungan serta memupuk kemesraan antara kaunselor dan klien. Ianya bertujuan agar memastikan klien berasa selesa untuk berkongsi masalah kepada kaunselor
2.Proses penstrukturan
                -Proses ini merupakan proses dimana kaunselor menentukan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang klien dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Proses penstrukturan ini dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien pada sesi bimbingan dan kaunseling berjalan dimana menekankan pemfokusan dan limitasi.
                Disini limitasi dapat dimaksudkan berkaitan had masa yang perlu ditetapkan oleh kaunselor pada setiap sesi kaunseling berjalan. Pada erti lain setiap kajian mempunyai limitasi yang tersendiri dimana perlu dilaporkan secara ringkas. Kebiasaannya limitasi kajian merujuk kepada kemungkinan wujudnya kelemahan kajian yang berada diluar kawalan kaunselor yang melibatkan parameter didalam metodologi kajian seperti pemilihan sampel bukan rawak. Contohnya kaunselor memilih untuk berdiam sepanjang sesi bimbingan kaunseling berjalan dimana metodologi yang digunakan akan membuatkan klien berasa bosan dan tidak selesa. Terdapat bahagian lain selian limitasi iaitu delimitasi dimana bahagian ini jarang digunakan oleh para pengkaji dan pakar kaunseling. Delimitasi ini merupakan penerangan kepada perkara-perkara utama yang berada di dalam kawalan kaunselor yang dipilih menjadi fokus kajian pada sesi tersebut. Sebagai contoh, kaunselor perlu menjelaskan dengan jelas mengapa kaunselor memilih untuk membandingkan diri klien dengan pesakit lain.
                Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat didalam perhubungan yang mana menekankan nilai menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, kaunselor perlu memberitahu klien langkah-langkah yang perlu diambil oleh kaunselor dan klien itu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya bagi mengurangkan tekanan kepada klien.
3. Proses penerokaan
                Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor di mana klien merasakan bahawa kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Hal ini kerana seorang klien tidak mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri yang mana menyebabkan dia memerlukan perkhidmatan kaunseling dari pakar-pakar kaunseling yang terpilih. Oleh itu, kaunselor memainkan peranan yang penting dalam memastikan klien berasa selesa untuk meluahkan masalah yang dihadapinya kerana tidak mudah untuk menyelesaikan masalah apabila tidak terdapat komunikasi dua hala antara kaunselor dan klien.
                          Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada ketika sesi kaunseling itu berjalan. Sesetengan klien memikirkan bahawa ketika proses bimbingan berjalan, ianya hendaklah dijalankan dibilik yang mewah dan terdedah kepada persekitaran luar. Seperti mana yang kita tahu, tugas atau tanggungjawab seorang kaunselor dalam membantu klien ialah mebimbing dan memberikan sokongan  kepada klien meneroka situasi dirinya kea rah jalan penyelesaian  yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan semangat serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan nonverbal.
4. Proses semak alternatif
                Proses ini dilakukan setelah matlamat seseorang kaunselor jelas diperolehi daripada klien hasil dari sesi penerokaan yang dilakukan oleh kaunselor dank lien. Dalam proses ini, kaunselor perlu mendorong klien membuat perancangan berkaitan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Jika kaunselor tidak membantu klien memikirkan langkah mengatasi masalahnya, akan menyebabkan proses seterusnya terganggu kerana klien perlu dibimbing sendiri oleh kaunselornya kerana itulah tujuan seorang kaunselor dalam membimbing klien dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
                Sebagai contoh, kaunselor membantu klien bagi mengenal pasti apa langkah yang perlu dilakukan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan dorongan dan sokongan dari kaunselor itu sendiri. Sesetengah klien tidak dapat mengenal pasti apa yang perlu dilakukannya untuk menyelesaikan masalahnya.
5. Proses mengambil tindakan
                Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Pada proses ini, kaunselor akan mebimbing klien menjalankan langkah-langkah pemulihan dirinya melalui langkah-langkah yang telah dipilih. Disini akan dapat mennilai sama ada tindakan yang dibuat itu bersesuaian atau tidak, kerana sesetengah tindakan yang dibuat hanya akan mengeruhkan keadaan. Oleh itu kaunselor perlu bijak menguruskan klien jikan tindakan yang diambil masih tidak berjaya. Oleh itu, pemilihan pelan tindakan yang dipilih itu hendaklah realistic iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan.
                Cara terbaik bagi memudahkan klien mengambil tindakan adalah dengan menyediakan pelan tindakan daripada cara yang mudah ke cara yang sukar. Dengan ini klien dapat mengambil tindakan dengan mudah dan cepat. Selain dari itu, peranan klien itu sendiri penting dalam memastikan tindakannya itu membuahkan hasil yang positif. Jika klien itu sendiri mengabil tindakan secara sambil lewa, sudah pasti tindakan itu akan menjadi negatif.

6. Proses penamatan
                Setelah selesai menjalankan proses mengambil tindakan, kaunselor akan mendapati klien boleh berdiri dengan sendiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil. Kaunselor berhak menamatkan sesi kaunseling yang telah berlangsung antara kaunselor dan klien. Kebiasaannya sesi kaunseling ditamatkan sejurus selepas kaunselor dapat melihat perubahan pada kliennya. Di setiap kawasan kebiasaannya sesi kaunseling mempunyai masa yang ditetapkan dan akan tamat selepas tamat masa yang ditetapkan itu. Fungsi penamatan ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional.
                Penamatan ini hendaklah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut sama ada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak. Kebiasaannya penamatan akan mendatangka dua hasil, sama ada positif ataupun negatif. Dari segi positif kebiasaannya kaunselor dapat melihat perubahan dari segi semangat dan keyakinan yang tinggi dari klien. Manakala dari segi negatif pula klien akan menunjukkan dirinya masih tidak yakin dan takut pada dirinya sendiri. Manusia yang tidak percaya kepada dirinya sendiri ini merupakan manusia yang sentiasa berasa takut untuk berjaya didalam dirinya.
7. Proses susulan
                Susulan merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien itu sendiri inginkan. Proses akhir ini merupakan proses yang termudah kerana ianya proses dimana hanya memerhatikan perubahan yang dilihat di dalam diri klien. Jika terdapat apa-apa masalah yang berlaku kepada klien biasanyaberpunca dari bimbingan yang kurang daripada kaunselor ataupun ketidak yakinan dari klien itu sendiri.
                Melalui susulan ini juga, seorang kaunselordapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang berjalan sekurang-kurangnya selepas 6bulan penamatan. Jangka masa bagi susulan ini bergantung kepada tahap perubahan yang dilihat pada klien itu sendiri. Jika proses susulan ini tidak dijalankan, berkemungkinan besar masalah yang dihadapi oleh klien boleh berulang kembali.




KEMAHIRAN KAUNSELING

Untuk menjadi seorang pakar kaunselor yang bertauliah dan berjaya, seseorang itu hendaklah memahami asas-asas kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling. Tanpa kemahiran seseorang itu tidak mampu mengendali klien yang bermasalah dengan baik. Terdapat 4 kemahiran yang perlu dititikberatkan dalam bimbingan dan kaunseling iaitu pra sesi, membina hubungan, penstrukturan dan berkomunikasi. Setiap kemahiran hendaklah dikuasai sepenuhnya oleh seorang kaunselor agar dapat menjadi kaunselor yang bertauliah dalam membantu klien yang bermasalah. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam kaunseling, berkemungkinan besar dia akan mengalami masalah ketika sesi kaunseling dengan kliennya berjalan. Oleh itu, kemahiran kaunseling sangat penting kepada kaunselor dalam memastikan keberkesanan bantuan yang diberikan oleh kaunselor tersebut kepada kliennya.
1. Kemahiran Pra Sesi
      ❤kemahiran pra sesi didefinisikan sebagai persediaan awal kaunselor. Persediaan ini merangkumi segi peribadi, fizikal dan maklumat ataupun rekod klien. Merupakan ice breaking atau lebih tertumpu sebagai sesi pengenalan sebelum bermulanya sesi kaunseling.
      ❤klien mula membina perasaan kepercayaan terhadap kaunselor. Maklumat peribadi diri klien hendaklah dikumpulkan secara sistematik oleh kaunselor. Dalam kemahiran ini, kaunselor perlulah menunjukkan reaksi yang jujur dan ikhlas. Kaunselor juga perlulah menunjukkan perasaan yang penyayang.
      ❤penyediaan tempat. Tempat yang digunakan hendaklah selesa kepada klien. Tempat yang dipilih hendaklah mempunyai keperluan seperti kerusi,meja,kipas angin yang mencukupi. Kaunselor perlu memastikan tempat berlakunya sesi kaunseling itu nyaman dan wangi serta ruang yang tidak sempit.
      ❤menentukan keberkesanan. Merupakan first impression klien terhadap kaunselor tersebut sama ada boleh didpercayai atau tidak. Peringkat ini amat penting sama ada klien ingin meneruskan sesi kaunseling yang seterusnya atau tidak.
2. Kemahiran Membina Hubungan
      ⇉Untuk mewujudkan suasana yang teraputik
      ⇉Perhubungan yang unik dan istimewa dinamik serta fasilitatif
      ⇉Menitikberatkan personaliti kaunselor
      ⇉Membawa klien menghadapi realiti
      ⇉Memberi perangsang kepada klien

      ⇉PERKARA PENTING DALAM MEMBINA HUBUNGAN:
  1. membina suasana alam sekeliling
  1. suasana teraputik
  1. ruang untuk berkomunikasi
  1. penampilan diri
  1. ekspresi muka
  1. kontak mata
  1. cara duduk
  1. senyuman
  1. nada suara
  1. mengalakkan klien bercakap

3. Kemahiran Penstrukturan
      👉HURAIAN:
          😎Untuk menyediakan nada dan struktur sesi perundingan
          😎Kontrak kaunseling
          😎Menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong
          😎Cara formal dan tidak formal
   
      👉ELEMEN PENTING PENSTRUKTURAN
          1. Menerangkan definisi kaunseling.
              ⇉Diterangkan kepada klien untuk memudahkan klien mengetahui dan memahami konsep kaunseling.
          2. Had masa
              ⇉Setiap sesi kaunseling yang dijalankan mengambil masa selama 45 minit hingga sejam
          3. Matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan
              ⇉Bagi memudahkan perubahan tingkah laku dan meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan
         4. Etika kerahsiaan dalam kaunseling
             ⇉Kaunselor perlu menerangkan perkara yang melibatkan isu kerahsiaan dalam kaunseling
         5. Peranan kaunselor
             ⇉Kaunselor menerangkan peranannya sebagai seorang kaunselor dan peranan klien, hal ini klien akan dapat memahami serba sedikit tentang perjalanan kaunseling
4. Kemahiran Berkomunikasi
      ✌HURAIAN
          1.Komunikasi antara kaunselor dan klien
          2.Penanda aras sama ada sesi itu berjaya atau tidak
          3.Kaunseling adalah bidang yang melibatkan komunikasi
          4Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu:
               -Kemahiran komunikasi lisan
                 💗Cara komunikasi paling berkesan
                 💗Berlaku secara terus antara klien dan kaunselor
                 💗Mesej yang hendak disampaikan perlulah lebih jelas
                 💗Menggunakan bahan sokongan yang mengukuhkan pendapat
           
               -Kemahiran bukan lisan
                 💗Mentafsir bahasa bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien yang mana dapat membantu kaunselor memahami klien dengan mendalam
                 💗Boleh digunakan dalam bentuk pertanyaan, pencetus isu dan pemula perbincangan
                 💗Kemahiran melalui:
                      1.Senyuman
                      2.Pandangan mata
                      3.Posisi badan
                      4.Kedudukan dan jarak
                      5.Ekspresi muka
                      6.Tahap tenaga
                      7.Sentuhan
                      8.Nada suara
                      9.Pergerakan kaki dan tangan
                      10.Warna dan cara pakaian




RUMUSAN

Kesimpulannya, kita sebagai bakal-bakal kaunselor dan pendidik kepada pelajar pada masa akan datang seharusnya bersedia dalam menerapkan kemahiran kaunseling didalam diri agar dapat diaplikasikan kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang. Bimbingan dan kaunseling ini sangat penting kepada bakal-bakal guru dan juga pensyarah. Hal ini kerana pada era globalisasi ini, semakin banyak masalah sosial yang berlaku dikalangan anak muda di sekolah khususnya masalah ponteng, merokok, buli dan vandalisme.
Kita seharusnya menjadi guru yang dapat membantu pelajar yang bermasalah di sekolah kerana pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan dan bimbingan dari guru itu sendiri. Ini kerana kita sebagai guru haruslah mengetahui setiap latar belakang pelajar-pelajar yang bermasalah disekolah kerana pelajar bermasalah ini kebiasaannya menghadapi masalah yang rumit seperti kurang kasih sayang dari ibu bapa, dan masalah lain yang dihadapi mereka.
Sebagai kaunselor juga, guru perlulah memainkan peranan yang sangat penting dan menonjol dalam mengurangkan masalah sosial disekolah melalui beberapa perkhidmatan yang sesuai dilakukan disekolah, antaranya kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Oleh itu, kita sebagai bakal guru hendaklah menerapkan cara-cara yang berkesan untuk membantu masalah pelajar yang berada disekolah yang perlu diselesaikan oleh guru.



RUJUKAN


1) Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmata Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah Rendah, Percetakan Cergas Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
2) Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, 2014, Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.
3) Muhammad Aziz Shah Mohammad Arip, 2009, Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling, Bs Print Sdn Bhd, Kuala Lumpur
4) Malek Muhamat Said, 2007, Mengurus Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah, Percetakan Zafar Sdn Bhd, Kuala lumpur
5) https://www.scribd.com/document/187721880/bimbingan-dan-kaunseling
6) http://studentsrepo.um.edu.my/3859/8/SENARAI_LAMPIRAN.pdf

Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours