Dengan rasminya Google Classroom (GC) telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain daripada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21. 
 
Apakah manfaat Google Classroom? 

1) Mudah buat kelas Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan pelbagai lagi. 

2) Mudah menyimpan senarai murid Mungkin ada tak ingat nama-nama murid, nak lihat profail murid. Google classroom ada menyimpan rekod ini. 

3) Mudah buat tugasan Ada tugasan atau latihan nak diberikan? Cipta tugasan dan berikan kepada murid. Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara indvidu. 

4) Mudah buat penilaian Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap tugasan murid. 

5) Mudah buat pentaksiran Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun. 

6) Mudah buat kolaborasi guru Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu juga dalam pindah milik kelas. 

7) Mudah disemak pentadbir Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di sekolah. 

8) Mudah memberi perhatian khusus Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah. 

9) Mudah memberi maklumbalas Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara yang mereka perlu baiki. 

10) Mudah buat pengumuman Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook. 

11) Mudah menyimpan bahan Tiada pelantar untuk mengumpul semua bahan? Ramai guru hanya simpan semua dalam Google Drive dan berikan link kepada murid. Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials. 

12) Mudah menyemak kalendar Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti dan membina sendiri perancangan mereka. 

13) Mudah memilih murid Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid secara rawak bagi tujuan penilaian, pengundian dan bermacam-macam lagi. 

14) Mudah membuat pembelajaran terbeza Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan. Hal ini sangat membantu pembelajaran terbeza.

Berikut disertakan carian ID Google Classroom untuk guru-guru dan murid-murid SKGD :

 
Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours