Majlis Sanjungan Budi warga SKGD yang bersara telah diadakan pada 27 Mac 2021 (Sabtu) di AD Banquet. Majlis ini meraikan persaraan 4 orang guru iaitu Cikgu Che Bongsu Mat Daud, Ustazah Nor Azma Iberahim, Cikgu Hanesah Dollah dan Ustazah Zaharah Sulaiman.

Kami warga SKGD amat merasai kelihangan dan sentiasa merindui gurau senda gelak tawa kalian. Jika berkelapangan, sudi-sudikanlah menjengah kami di sini agar rindu yang terpendam dapat diubati.

Dari kami "Selamat bersara dengan senyuman mesra, senyumlah seindah suria, setelah mencurahkan segala-galanya. Pasti beroleh keredaan-Nya"








Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours