Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. 

Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid, program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini. 

Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar. 

MATLAMAT 
Sesuai dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama. 

OBJEKTIF
  1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. 
  2. Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain. 
  3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. 
  4. Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. 
  5. Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar. 
  6. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing. 
STRATEGI PELAKSANAAN 
TARIKH : 06 Hingga 07 Oktober 2022. 
MASA : Sepenuh masa. 
LOKASI : Sekolah Kebangsaan Gong Dermin. 
BADAN BERUNIFORM YANG TERLIBAT : 5 ( Pengakap, PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam, TKRS ) 

SASARAN PENYERTAAN 
Sasaran penyertaan adalah terdiri daripada murid-murid Tahap 2, SK Gong Dermin yang menganggotai Badan Beruniform Sekolah. Keutamaannya akan diberikan kepada murid tahun 6, dan selebihnya akan diambil dari murid-murid tahun 5 dan 4. 

BILANGAN PESERTA : 152 Murid. Lelaki : 68 Orang manakala  Perempuan : 84 Orang

































IKUTI SOROTAN VIDEO PERKHEMAHAN INI DI SALURAN YOUTUBE KAMI :

Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours