Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kota Bharu Utara Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di SK Kubang Kerian 3. Kejohanan ini dianjurkan bagi mencungkil bakat murid dalam sukan bola sepak di samping memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan dan potensi masing-masing dalam bidang sukan. 

Antara objektif pelaksanaan kejohanan ini adalah untuk: 
  1. Mencungkil dan mengenal pasti bakat baharu dalam sukan bola sepak. 
  2. Memilih pemain terbaik bagi mewakili daerah ke peringkat negeri. 
  3. Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid. 
  4. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum. 
Maklumat Program Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Bharu Utara Tahun 2026 
Tarikh : 5 Mei 2026 (Selasa) Peringkat Kumpulan &  6 Mei 2026 ( Kalah Mati)
Vanue : SK Kubang Kerian 3 
Anjuran : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kota Bharu Utara 
Sasaran : Murid sekolah rendah daerah Kota Bharu Utara 

PELAKSANAAN PROGRAM 
Kejohanan telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama jawatankuasa pengelola, guru pengiring, pengadil serta semua pasukan yang terlibat. Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang baik dalam setiap perlawanan. Pelbagai perlawanan telah diadakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi menentukan pasukan terbaik. Selain itu, kejohanan ini juga menjadi platform pemilihan pemain berbakat untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri.

KEPUTUSAN :
SK Gong Dermin telah menjadi juara Kumpulan C bersama dengan :
  • SK Semut Api
  • SK Datu Hashim
  • SK Gong Dermin
SK Gong Dermin telah mengalahkan SK Semut Api 1 - 0 dan terus mengalahkan SK Datu Hashim juga  1 - 0. Seterusnya layak ke pusingan separuh akhir menentang SK Demit 2.

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian telah memberikan persaingan yang sengit dan mempamerkan permainan yang berkualiti. Pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang telah dikenal pasti untuk dipilih menyertai pasukan daerah Kota Bharu Utara.

Secara keseluruhannya, Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kota Bharu Utara Tahun 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dalam bidang sukan, malah turut membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Diharapkan kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan sukan sekolah.
 





















Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours