PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (TA’SEEM) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2026 

PENDAHULUAN 
Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’SEEM) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu Tahun 2026 telah diadakan sebagai platform untuk mencungkil bakat, kreativiti dan potensi murid dalam bidang seni tari. Program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan peserta melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum kesenian.

Selain itu, pertandingan ini turut menjadi medium untuk memartabatkan seni budaya dan warisan negara dalam kalangan generasi muda selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

OBJEKTIF 
Antara objektif pelaksanaan pertandingan ini adalah: 
  1. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang seni tari. 
  2. Memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan peserta. 
  3. Memberi peluang kepada murid menunjukkan kreativiti dan keyakinan diri.
  4. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum kesenian. 
  5. Memartabatkan seni budaya dan warisan negara melalui persembahan tarian. 
BUTIRAN PROGRAM 
Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’SEEM) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu Tahun 2026 
Tarikh Pengundian : 4 Mei 2026 (Isnin)
Tarikh Penyesuaian Tempat : 5 Mei 2026 (Selasa)
Tarikh Pertandingan : 6 Mei 2026 (Rabu)

Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu 
Sasaran Penyertaan Murid : Semua sekolah rendah dan menengah daerah Kota Bharu 

PELAKSANAAN PROGRAM 
Pertandingan telah berlangsung dengan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Kota Bharu. Setiap pasukan mempersembahkan tarian kreatif dan tradisional mengikut tema serta syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam memberikan persembahan terbaik.

Persembahan yang dipamerkan bukan sahaja menonjolkan kreativiti dan keseragaman gerakan, malah turut memperlihatkan elemen kebudayaan, disiplin dan kerjasama pasukan. Panel hakim yang dilantik telah membuat penilaian berdasarkan aspek koreografi, kreativiti, kostum, teknik persembahan, kekemasan serta penghayatan persembahan. 

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH- SEKOLAH MALAYSIA TA'SEEM PERINGKAT PPD KOTA BHARU 2026 

SEKOLAH RENDAH KATEGORI A - IRAMA MALAYSIA 
🔖ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK - SK PADANG GARONG 1 
👘ANUGERAH BUSANA TERBAIK - SK KOTA JEMBAL/SK SERING 

✳️*KOTA BHARU UTARA ( KBU)* 
 🕺PENARI TERBAIK ( L) SK PADANG GARONG 2 
 💃PENARI TERBAIK ( P) SK PADANG GARONG 1 

 🥇JOHAN - SK PADANG GARONG 1 
🥈N.JOHAN - SK KOTA JEMBAL 
🥉KE 3 - SK PADANG GARONG 2 
🏅KE 4 - SK DATO HASHIM 2 
🎖️KE 5 - SK REDANG 

✳️*KOTA BHARU SELATAN ( KBS)* 
 🕺 PENARI TERBAIK ( L) SK BECHAH KERANJI 
 💃PENARI TERBAIK ( P) SK GONDANG 

🥇JOHAN - SK KOR/SK SERIBONG/SK BECHAH KERANJI/SK GONDANG 
🥈N.JOHAN - SK SERI KOTA 
🥉KE 3 - SK BANGGOL SAMAN 
🏅KE 4 - SK KOK LANAS 
🎖️KE 5 - SK MULONG 2 

KATEGORI B - TARIAN TRADISIONAL MELAYU DUO 
🔖ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK - SK KOTA JEMBAL 
👘ANUGERAH BUSANA TERBAIK - SK KOTA JEMBAL 

✳️*KOTA BHARU UTARA ( KBU)* 
🕺 PENARI TERBAIK ( L) SK PENGKALAN CHEPA 
💃PENARI TERBAIK ( P) SK KOTA JEMBAL 

🥇JOHAN - SK KOTA JEMBAL 
🥈N.JOHAN - SK PADANG GARONG 1/ SK PENGKALAN CHEPA 
🥉KE 3 - SK SERING 
🏅KE 4 - SK MERBAU 
🎖️KE 5 - SK DATO HASHIM 2 

✳️*KOTA BHARU SELATAN ( KBS)* 
💃PENARI TERBAIK ( P) SK GONDANG 
 🥇JOHAN - SK GONDANG/ SK KOR 
🥈N.JOHAN - SK SERIBONG 
🥉KE 3 - SK BANGGOL SAMAN 
🏅KE 4 - SK KETEREH 
🎖️KE 5 - SK BECHAH KERANJI 

📮SEKOLAH MENENGAH KATEGORI B - TARIAN RAKYAT/ETNIK KREATIF TRIO 
 🔖ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK - SMK DATO AHMAD MAHER/ SMK ISMAIL PETRA 
👘ANUGERAH BUSANA TERBAIK - SMK DATO AHMAD MAHER/ SMK ISMAIL PETRA 

✳️*KOTA BHARU UTARA ( KBU)* 
💃 PENARI TERBAIK SMK DATO AHMAD MAHER 
🥇JOHAN - SMK AHMAD MAHER/ SMK ISMAIL PETRA 
🥈N.JOHAN - SMK TANJUNG MAS A 
🥉KE 3 - SMK TANJUNG MAS B 

✳️*KOTA BHARU SELATAN ( KBS)* 
🔖 PENARI TERBAIK SMK DEWAN BETA
🥇JOHAN - SMK DEWAN BETA 
🥈N.JOHAN - SMK MULONG
































Kongsi :

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours