Pada 23, 24 & 27 November 2022, Sekolah Kebangsaan Gong Dermin telah mengadakan Bengkel Pembugaran PDPC PAK21 Subjek Teras 2022 bertempat di Dewan Sri Dermin.
Objektif bengkel KBAT ini adalah untuk :
- Mengubah amalan hafalan kepada kefahaman.
- Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan.
- Mewajarkan penyelesaian dan penemuan (lebih banyak analisa, menilai & mencipta).
- Diperlukan untuk penyiasatan saintifik.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
KBAT yang berkesan perlu berpusatkan murid dengan
melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui
tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Justeru,
guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
bagi merangsang murid berfikir.
Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan
teknik penyoalan dalam usaha membudayakan pemikiran
yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours