Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha menghasilkan laman blog SK Gong Dermin ini dengan jayanya. 

Kepada tuan-tuan pengunjung terutamanya para ibu bapa dan murid-murid, saya ucapkan selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman blog ini. Semoga tuan-tuan semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Gong Dermin dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal mudah-mudahan akan bertambah mesra. 

Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru. 

Saya berharap semua mantan Guru Besar, bekas guru dan murid SK Gong Dermin akan dapat menjalin hubungan semula dengan sekolah lama mereka dan seterusnya memberi bantuan dan perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekali pun dengan menghubungi kami melaui surat elektronik atau e-mail. 

Kepada semua pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan atau komen bagi membantu meningkatkan keberkesanan pegurusan pendidikan di sekolah ini. Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. 

Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Kamal Azrul Mohammad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin.

0 comments so far,add yours